Thursday 13 October 2011

Armadillo Dragon Betta

Armadillo sebenarnya adalah sejenis binatang mamalia yang berupa seperti tenggiling dan terdapat pelbagai variasi dalam kumpulannya. Ianya banyak ditemui di selatan Amerika dan sedang diancam kepupusan. Kesian jugak kat armadillo ni sama macam tenggiling kat Malaysia selalu orang memburu secara haram untuk dieksport juga secara haram ke China. Tapi kena tinggalkan dulu cerita pasal armadillo ni sebab yang nak diceritakan di sini adalah tentang Betta Armadillo Pla-kad.

Armadillo


Alkisah armadillo plakat ni sebenarnya adalah kacukan antara betta splenden hias dengan betta wild imbellis yang apabila dijaga 'line' ini kita akan mendapat generasi betta yang mempunyai sisik berbintik mutiara pada badannya. Inilah juga sebabnya mengapa orang menggelar betta ini sebagai armadillo kerana jika dilihat bintik-bintik pada betta ini adalah sama dengan bintik-bintik yang terdapat pada badan armadillo.

Armadillo Dragon


Semuanya bermula dari ikan ini. Betta Imbellis


Al-kisah nya juga sejarah armadillo ini bermula apabila penggemar-penggemar ikan laga di Thailand cuba untuk menghasilkan Betta Fighter yang terbaik kerana Betta Imbellis juga terkenal dengan sifat aslinya yang garang dan suka berlawan. Betta imbellis sudah dipertarungkan sejak turun temurun di Malaysia, Thailand dan juga Vietnam. Jadi ada antara generasi ikan-ikan yang disilang-biak ini turun menjadi Betta yang cantik serta lebih sesuai dipertaruhkan sebagai ikan paling cantik tetapi bukan untuk dipertarungkan. Maka bermulalah generasi armadillo ini dan dapat dilihat pada Betta hias sekarang. 

Alkisahnya juga seorang 'Betta Breeder' dari Sweeden bernama Victoria Parnell Stark telah menceritakan pengalamannya menghasilkan baka armadillo ini. Pada mulanya beliau telah melihat gambar seekor ikan laga di dalam sebuah buku tulisan Walt Maurus (siapa dia ni aku pun x kenal try google tengok kot2 ada) yang diberi nama Neon Betta iaitu hasil yang diperoleh dari persilangan antara Wild Imbellis dengan Splendens.

Neon Betta

Kemudian beliau terus memesan sebilangan Imbellis dan Mahachai dari thailand dan memulakan eksperimennya. Beliau melakukan silang-biak antara Imbellis dengan splenden dan pada masa yang sama juga melakukan perkara yang sama pada Mahachai dengan splenden. Hasilnya dia menulis sebagai berikut..


"The Betta mahachai crosses proved not only difficult but temperamental, and it was only with some trial and error that I managed to successfully spawn a Betta mahachai and a green Betta splendens. However, the resulting fry were never particularly hardy or prolific.

There was considerably more success with the Betta splendens x Betta imbellis crossings, and some very interesting, highly iridescent and masked fish started to appear. The first generation yielded many green/red and multicolored bettas, some with highly iridescent scales and brightly colored gills."

Beliau telah mengakui bahawa agak sukar untuk melakukan silang-biak ke atas Mahachai dan splenden terutama untuk menguruskan anak ikan hasil dari pembiakkan ini. Ada saja kegagalan yang menghalang setiap kali beliau cuba untuk menyilang- biakkan generasi ini.
Namun sebaliknya berlaku pada pasangan Imbellis dan splenden yang mana beliau mengatakan bahawa beberapa ekor ikan yang sangat cantik, berwarna warni, dan warna yang meneluruh pada badan mula muncul.

Smart dowh!..











Warna merah pada sirip ni sebenarnya berasal dari 'red wash' pada hujung ekor imbellis



Kalau macam ni dah tak ada bintik-bintik. Aku sebut design gini Full Mask Dragon Imbellis


"The first generation yielded many green/red and multicolored bettas, some with highly iridescent scales and brightly colored gills. "

Dalam beberapa generasi, Betta dengan warna terang dan warna yang menyeluruh telah keluar dengan tetap dan beliau mula menjual armadillo beliau pada tahun 2006.

Seronok juga baca cerita dia..

Nak baca juga kalu sila enter kat sini --> http://bettysplendens.com/articles/page.imp?articleid=3538

Kat rumah aku ada sekoq armadillo.. hu hu! Dulu ada dua mampuih dah sekoq kena penyakit ekor mereput.. yang sekor ni nasib baik dapat selamat..

 La ni aku dok mula buat line armadillo ni. Kali pertama gagal dapat embellis ekoq panjang.. tapi seronok tengok adik beradik dia.. hijau ada.. biru ada.. merah ada.. cooper pun ada.. Kalau teringi jugak nak buat tapi x dak original betta embellis kontek aku.. Oariginal embellis segar dari paya habaq kat hang.. tak banyak sangat tapi ada la.. hu hu!

1 comment:

Popular Posts