Friday 5 August 2011

Betta Imbellis,

Kalau kat tempat aku ikan laga selalu disebut ikan Karin.. cuma ada satu jenis ja yang pernah aku lihat setakat ni iaitu spesis yang disebut sebagai Betta Imbellis.. Ikan laga jenis ni sebenarnya sangat banyak satu waktu dulu.. sekarang ni dah tinggal sikit disebabkan oleh kawasan habitatnya yang berkurang.. Ikan ni menjadi satu nilai yang sangat sentimental di kalangan kita sebabnya ikan laga jenis ni yang paling banyak terdapat di semenanjung Malaysia ni dan menjadi salah satu mainan bagi kanak-kanak lelaki sewaktu berada di kampung dulu. Kadang2 budak kampung macam aku jemu jugak asyik melontar guli, memangkah gasing, melambung wau dan mainan-mainan lainnya jadi membela ikan laga ialah salah satu mainan jugak lah daripada bermacam2 jenis mainan di kampung dulu dalam mengisi masa lapang. Bela bukan sebarang bela.. bila sampai masa apa lagi.. ha ha!.. Berlaga ikan laa!.. Tapi geng yang tua bangka pun ada jugak yang join sebab depa dulu2 pun sama jaaa... bagi hilang ketagih la tu... hingga sekarang Betta Imbellis ni mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri.. termasuk aku laa.. la ni aku nak cerita sikit pasal Imbellis ni.. Ikan ni selalunya berwarna hitam di samping mempunyai bintik2 mutiara pada badannya. Ada ikan yang mempunyai bintik2 yang berwarna hijau dan apabila tiba musim membuat sarang warnanya akan lebih hitam dan bintik2 hijau tadi boleh bertukar kepada warna biru.. Pada ekor terdapat warna merah yang menampakkan ikan ini lebih garang dan bersedia untuk bertarung.. Yang dah tau pasal ikan ni  senang la bayang dalam palaotak tapi yang tak pernah tengok mesti la susah gak.. maklumlah duit banyak.. main splenden ja dragon ka cooper ka.. la ni aku tunjuk gambaq sikit..

Kalau original Imbellis macam tu lah lebih kurang sifat2 dia.. Tapi lain2 tempat seperti di Perak dan Selangor ada sedikit perubahan tapi bagi aku tak berapa ketara..

Okeh.. nak dijadikan cerita aa.. ikan ini di'hybrid'kan di Thailand untuk dibuat berlawan.. kadang-kadang anda akan terlihat biografi ikan yang dijual di internet diberitahu 'blood line' nya.. Kalau ada tulis Malay-Thai bermakna ikan ni ada darah Imbellis.. Mungkin Imbellis-Mahachai atau Imbellis-Smaragdina. Ada jugak di kalangan mereka yang menghibridkan Imbellis dengan Splenden (ikan laga hiasan) untuk menaikkan bentuk ekor dan warnanya..

 Kat sini aku ada beberapa koleksi Imbellis hybrid yang diambil dari internet...
Cooper Imbellis
Huiyoo!! Taktau la depa kawin dengan yang mana.. tapi kalau aku nak teka aku akan kata
Imbellis + Mahachai.. Ada beberapa sifat imbellis yang dapat dilihat di sini yang mana garis merah di hujung sirip bawah masih ada.. merah di hujung ekor dan janggut pun masih ada.. tapi sirip atas sudah bersambung dengan ekor belakang dan warnanya jugak berubah.. Mungkin jugak Imbellis ni dah dikawinkan dengan splenden itam.. mungkin.. ha ha!..

Tengok lagi.. tengok lagi..
Veiltail Imbellis


Yang satu ni dah jadi ekor panjang plak.. Warna merah di hujung ekor masih ada tapi menebar hingga ke perut.. Bintik mutiara dah nak ilang nih! Mungkin kawin dengan splenden veiltail sebab tu jadi ekor panjang..


Ada lagi... ada lagi.. try yang ni plak..
Green Imbellis a.k.a Armadillo
Lagi syiokk ni.. nak try gak ah buat sekor  agak2 jadi ak? Aku rasa semua mesti bleh teka punya kawen ngan apa ni.. warna hijau ni cuma jenis splenden ja yang ada.. tapi hijau ni lain macam sikit.. macam nak jadi dragon ja.. sekali pesung ja lagi mesti design ekoq merecik-recik!



Yang ni paling aku geram ni..
King Imbellis (kawan aku kata)

Perfect ni! perfect!.. Ekor dah masuk bentuk D.. Sirip belkang dah bersambung dengan ekor.. Merah kat ujung ekor masih ada.. Janggut merah pun ada lagi.. Bintik mutiara ada dan lagi besar dia punya bintik.. Aku ambik pic ni kat website betta society katanya sembang2 pemilik ikan ni dari Singapore.. Singapore bab kawin2 ikan ni depa memang terer.. siam pun kadang-kadang ada part yang kalah....

Popular Posts